Kantoi! Penyanyi popular sedap peluk cium wanita seksi di kelab malam

kantoi!-penyanyi-popular-sedap-peluk-cium-wanita-seksi-di-kelab-malam

Seorang penyanyi lelaki terkenal sekali lagi ‘kantoi’ apabila tular video memaparkan dirinya sedang bercium dengan seorang wanita seksi di sebuah kelab malam.

Memetik laporan Boom, penyanyi berusia 22 tahun itu dilihat sedang ‘asyik’ memeluk, cium pipi dan leher wanita tersebut dengan sangat ghairah dan memperdulikan orang di sekelilingnya.

Bukan itu sahaja, dalam video berkenaan seorang lagi rakannya dilihat memegang segelas dipercayai minuman keras sewaktu mereka sedang berseronok. Ish, tahulah darah masih muda, tapi ingatlah sikit. Dunia dah akhir zaman, insaflah.

Menurut sumber, penyanyi berkenaan pernah kantoi melakukan perkara sebegini di kelab malam selain tular beberapa keping foto tentang dirinya peluk mesra dengan pelakon senior pada empat tahun lalu.

Terdahulu, penyanyi berkenaan juga pernah digosipkan berkahwin dengan seorang wanita akibat terlanjur. Namun, spekulasi berkenaan disangkal oleh ibunya dengan mengatakan ia adalah tidak benar dan anaknya cuma hadir ke sebuah majlis perkahwinan sahabatnya sahaja.

Agaknya, apa pula kenyataan yang bakal dikeluarkan oleh penyanyi berkenaan atau adakah ibunya akan tampil sekali lagi memperjelaskan keadaan sebenar?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *