Firma Singapura Urus Keselamatan Di Qatar, Elak Tragedi Itaewon & Kanjuruhan Berulang

firma-singapura-urus-keselamatan-di-qatar,-elak-tragedi-itaewon-&-kanjuruhan-berulang

Certis Group, sebuah firma yang berpangkalan di Singapura telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan aspek keselamatan Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar kali ini.

Aspek keselamatan ditumpukan pada usaha untuk mencegah segala bentuk jenis ancaman pada temasya sukan yang pertama kali diadakan di Asia Barat itu.

Ini termasuklah langkah-langkah bagi menguruskan jumlah penonton yang besar mengambil iktibar dari tragedi di Itaewon, Korea Selatan dan insiden di Stadium Kanjuruhan, Indonesia baru-baru ini.

Certis Group yang bekerjasama dengan syarikat tempatan Group Security System melibatkan kira-kira 3,500 anggota keselamatan yang ditugaskan bagi mengawasi kira-kira 1.2 juta peminat bola sepak yang membanjiri Qatar pada ketika ini.

Ketua Pengawal Sistem Keselamatan Kumpulan Certis International, Ignacio Raul Bertoia berkata, antara yang dijangka akan berlaku ialah percubaan pelanggaran keselamatan seperti pencerobohan padang oleh peminat.

“Tugas kami adalah cuba membaca situasi sebelum ia berlaku. Terdapat jenis tingkah laku tertentu dalam kalangan orang ramai yang, jika anda bersedia, anda boleh menjangkakan ancaman yang akan berlaku,” jelasnya.

Selain itu, kemudahan latihan juga merupakan kawasan yang perlu diawasi memandangkan peminat mungkin berkumpul untuk melihat bintang bola sepak kegemaran mereka di hadapan mata.

Penghadang juga disediakan untuk menghalang peminat daripada mengganggu sesi latihan yang turut dikawal oleh kira-kira 100 orang lagi pegawai di kawasan tersebut.

Selain itu juga, sejenis sistem digital yang dipanggil Optimax turut digunakan bagi menjejaki pegawai yang boleh dihubungi terus oleh pusat kawalan hanya dengan menekan butang.

Qatar Kanjuruhan Itaewon

BACA: World Cup 2022: ‘Peringatan Mesra’ Buat Penyokong LGBT Yang Ingin Buat Onar Di Qatar

Sumber: astro AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *