3 Halangan Yang Sering Menjadi Punca Bisnes Gagal Untuk Berkembang

3-halangan-yang-sering-menjadi-punca-bisnes-gagal-untuk-berkembang

Mungkin ramai di antara golongan peniaga pada hari ini tertanya-tanya apakah sebabnya bisnes mereka masih lagi berada di tahap yang sama walaupun telah bertahun-tahun berniaga.

Sifu bisnes terkemuka, Seth Godin ada menggariskan beberapa perkara yang mungkin dilihat menjadi faktor kepada kegagalan peniaga tersebut.

Nak tahu apakah sebenarnya halangan yang menyebabkan para peniaga sukar untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka?

Jom ikuti perkongsian yang dibuat oleh pengasas Outsource Accounting, saudara Saifullah Suratmin melalui hantaran di Facebooknya berikut:

Halangan Bisnes

Membesarkan Bisnes Menurut Seth Godin

Dalam sebuah podcast Seth Godin dan isterinya Helene, beliau mendefinisikan scaling atau membesarkan bisnes bermaksud kita sanggup memberikan hak kepandaian kepada orang lain dan biarkan orang lain tahu dan tiru bagaimana nak buat sesuatu perkara.

Contohnya mudah, kalau hari ini kita boleh buat 100 bungkus nasi lemak dan hanya seorang sahaja yang pandai buat nasi lemak maka kita cuma boleh jual 100 bungkus nasi lemak.

Ini bermaksud menurut Seth Godin, kalau kita ada 5 orang yang pandai buat nasi lemak maka kita boleh hasilkan 500 bungkus nasi lemak.

Ada 3 halangan mengapa orang bisnes sukar berkembang:

1) Mereka takut orang lain pandai

Inilah faktor yang merantai ramai orang bisnes. Dia mahu buat bisnes tapi dia juga yang masak nasi lemaknya, dia yang masak sambalnya, dia yang bungkus, dia juga yang bawa ke gerai dan dia juga yang jual. Semua perkara dia buat. Orang yang dia panggil bekerja cuma sebagai pembantu. Bantu kupas telur, bantu menjual, bantu buka kanopi dan sebagainya.

2) Mereka tidak mahu orang meniru

Mereka tidak mahu ada satu lagi nasi lemak yang sama. Sedangkan kalau telur itu direbus oleh Abu dan telur yang satu lagi direbus oleh Ali, kedua-duanya tetap akan jadi telur rebus. Bayangkan kalau McDonald’s itu hanya Richard dan Maurice McDonald sahaja yang pandai buat burgernya. Mungkin kita tak tahu kewujudan McDonald’s di California 80 tahun dahulu.

3) Mereka mempunyai ego hak milik

Kalau boleh resepinya itu dia sahaja yang tahu. Sedangkan para chef mengeluarkan resepi mereka dalam buku tetap juga rasanya berbeza. Inikan lagi nasi lemak yang ada pelbagai adunan resepi. Contohnya Nasi Lemak Ali, resepinya itu memang khas dia sahaja yang boleh buat. Walaupun orang tahu bahan-bahannya dan cara buatnya bagaimana tidak mungkin rasanya sama. Jadi hak milikan ini hanya ada pada hak milikan bisnes. Sebab itu, semua orang tahu bagaimana nak buat burger McDonald’s. Tanyalah kepada puluhan ribu staff mereka seluruh dunia. Semua akan cakap benda yang sama.

Kesimpulannya ialah kalau kita nak besarkan bisnes, orang yang bersama kita mesti pandai buat kerja-kerjanya. Walaupun kita tak pandai buat aircond, kita ada pekerja yang pandai. Kita tak pandai masak, ada pekerja kita yang pandai masak. Jadi maksudnya, kitalah yang kena pandai jadi majikan dan jadi pemimpin.

BACA: Benarkah Pemilik Francais Bisnes Kurier Kini Ramai Yang ‘Terciduk’?

Sumber: Saifullah Suratmin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *